Dah kena serbu dek Pejabat Agama pun masih belum insaf lagi.
Dia pasang papan tanda pulak.
Hari itu dia mengaku air bumbung itu memang air paip.
Apa pulak tujuan dia memasang papan tanda ini?
Saturday, 19 May 2012
Friday, 18 May 2012
Premis air bumbung diserbu pihak berkuasa
Tak habis-habis cerita pasal air bumbung ini.
Bacalah keratan akhbar di bawah ini.
Dah baca?
Sebelum ini, si tuan air bumbung bermati-matian menyatakan air ini 'tak berpunca'.
Bila kena serbu lain pulak yang dia cakap.
Tapi peliklah. Dah macam ini pun masih ada lagi yang taksub.
Tak faham, tak faham.
Apa lagi agaknya yang akan dilakukan oleh tuan air bumbung ini?

Saturday, 14 April 2012
Bil Terkini Air Bumbung
Hingga ke hari ini, masih ada lagi orang yang berkunjung untuk mengambil air yang kononnya ajaib.
Masih percaya air itu ajaib atau tak tahu akan kebenarannya?
Lihatlah bil terkini bulan April-2012. Takkan masih tak percaya lagi yang ia berpunca dari air paip.
Aku bukan niat nak burukkan atau dengki dengan si empunya Air Bumbung. Tapi, tolonglah berhenti dari menipu dan menyatakan ia air ajaib. Kalau pandai mengubat secara tradisional, tak payahlah keluarkan air dari bumbung. Gunakanlah air mineral atau air yang telah dimasak untuk bagi orang minum.
Cuba tengok bil air semasa penduduk lain yang duduk di taman yang sama.

Sunday, 25 March 2012
SAJH sahkan air 'bumbung' mengandungi klorin
Ingatkan selepas berita tentang air bumbung masuk suratkhabar/ TV, orang akan mula memikirkan tentang kebenarannya.
Namun, apa yang terjadi semalam (Ahad, 25/Mac/2012), semakin ramai yang datang ke taman tersebut membawa tong untuk 'mengambil' air.
Aku cuba-cuba tanya pada mereka yang datang ke taman itu, "Datang ke sini, tahu dari mana?"
Mereka jawab, "Dari Berita kat TV."
Aku tanya lagi, "Ada baca berita kat akhbar Sinar atau Utusan tak?"
Mereka jawab lagi, "Tak beli paper. Paper bila itu?"
Aku jawab, "Berita TV keluar pada 23-Mac malam. Berita kat paper keluar 22/Mac dan 23/Mac. Kalau abang dengar berita TV, confirm abang terasa macam penduduk sekeliling yang burukkan dia."
Aku tambah lagi, "Orang akan fikir macam itu jika terus pergi rumah dia tanpa dengar penjelasan penduduk sekeliling. Kalau abang nak tengok paper, saya ada simpan."
Aku pun keluarkan akhbar yang menunjukkan air bumbung yang didakwa 'ajaib' itu TIDAK AJAIB dan hanyalah bersumberkan air paip yang BERKLORIN.
Bagi yang tak beli akhbar, ini dia keratan akhbar di Utusan Malaysia.
Bila aku tunjuk keratan akhbar ini, ramai yang terkejut beruk. Siap ada yang amek gambar keratan ini. Sambil itu aku pun cerita lagi.
"Kalau abang nak tahu, pada 19/Mac/2012 (Isnin) yang lalu, kebetulan Allah nak tunjukkan kebenaranNya. Seluruh Parit Raja termasuk taman itu tiada bekalan air. Ramai jugak orang datang membawa bertong-tong air ke rumah itu. Malangnya, 'air bumbung' pun tak mengalir. Maka ramailah ternanti-nanti dan tertanya-tanya kenapa 'air bumbung' tak keluar. Mungkin air itu merajuk kot."
Lepas itu aku tunjuk salinan bil air.
http://airbumbung.blogspot.com/2012/03/bil-air-yang-melambung-tinggi-jadi.html
Makin ramai yang terkejut beruk.
Aku sambung lagi, "Bekalan air terputus dari 8.30 pagi hinggalah ke tengah malam.
Bila bekalan air pulih, 'air bumbung' pun 'terjun' semula."
Apa kesimpulan yang ada di sebalik kejadian hari itu?
Tentulah 'air bumbung' ini bersumberkan air paip. Logik, kan?
Menceceh pulak aku hari ini.
Aku nak tengok lagi sama ada masih ada yang datang amek air.
Kesian diaorang, kan? Minum air paip mentah.
Sampai sini dulu aku bercerita. Kalau korang ada cerita nak dikongsi, mehlah komen kat sini.

Saturday, 24 March 2012
Dakwaan pemilik air bumbung dan sangkalan penduduk
Bacalah dan fikirlah secara logik.
Sudi-sudikan memberi komen anda.
Bagi si empunya coretan di Facebook, minta izin siarkan, ya?
Demi membetulkan apa yang tak betul.
Hentikan penipuan
Buletin Utama TV3, 23-Mac-2012
Transkrip :-
Pembaca berita lelaki : ...air ajaib yang mampu mengubati
pelbagai penyakit.
Pembaca berita wanita: Itu rayuan seorang ibu tunggal
kerana dia sendiri tidak pernah menghebahkan, kononnya air yang mengalir dari
bumbung rumahnya sebagai air ajaib.
Asmah : Akak tak jual dan akak pun tak ada
panggil orang datang sini. Cuma akak nak, orang di kawasan sini faham dengan
keadaan ibu tunggal yang difitnah, dihina, dicaci...
Pembaca berita wanita: Tambahnya, sejak
tersebarnya berita mengenai air berkenaan, rumahnya di Parit Raja, Johor
menjadi tumpuan. Malah ada yang datang dari sejauh Kuala Lumpur dan
Singapura. Tukang paip katanya juga gagal mencari punca air berkenaan yang
mengalir dari atas bumbung rumahnya.
Pembaca berita lelaki : Namun semalam, SAJH
mengesahkan air berkenaan bukan ajaib kerana ujian yang dilakukan mendapati
ia telah dirawat kerana ada klorin. Sejak itu timbul dakwaan kononnya dia
cuba menipu orang ramai dengan menjual air berkenaan. Apa pun tambahnya lagi,
kemunculan air itu memudahkannya sekeluarga menjalankan kerja-kerja seharian
di rumah.
|
Liputan TV3
|
Liputan Sinar Harian
|
Apa pun tambahnya lagi, kemunculan air itu memudahkannya sekeluarga
menjalankan kerja-kerja seharian di rumah.
|
Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat saluran paip dipasang
daripada punca berkenaan di bumbung rumah untuk kemudahan orang ramai.......
|
Tukang paip katanya juga gagal mencari punca air berkenaan yang
mengalir dari atas bumbung rumahnya.
Namun semalam, SAJH mengesahkan air berkenaan bukan ajaib kerana
ujian yang dilakukan mendapati ia telah dirawat kerana ada klorin.
|
Katanya, daripada keputusan terbabit pihaknya mendapati air tersebut
mengandungi kandungan klorin.....
|
Dalam TV3, pemilik rumah cakap tak jual air ini.
Hakikatnya, tiada orang di kawasan ini yang tuduh dia jual air itu.
Kalau dia nak jual air itu ke? Nak bagi percuma ke?
Peduli apa, bukan? Itu hak dia.
Tapi ianya tidak adil bagi penduduk kawasan ini kerana pihak TV3 hanya menemuramah pemilik rumah tanpa menemuramah penduduk sekitar.
Jadi, sesiapa saja yang pernah ambil air kat sini, sudi-sudikan kongsi cerita anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)