Saturday, 24 March 2012

Hentikan penipuan

Buletin Utama TV3, 23-Mac-2012

Transkrip :-

Pembaca berita lelaki : ...air ajaib yang mampu mengubati pelbagai penyakit.



Pembaca berita wanita: Itu rayuan seorang ibu tunggal kerana dia sendiri tidak pernah menghebahkan, kononnya air yang mengalir dari bumbung rumahnya sebagai air ajaib.

Asmah : Akak tak jual dan akak pun tak ada panggil orang datang sini. Cuma akak nak, orang di kawasan sini faham dengan keadaan ibu tunggal yang difitnah, dihina, dicaci...

Pembaca berita wanita: Tambahnya, sejak tersebarnya berita mengenai air berkenaan, rumahnya di Parit Raja, Johor menjadi tumpuan. Malah ada yang datang dari sejauh Kuala Lumpur dan Singapura. Tukang paip katanya juga gagal mencari punca air berkenaan yang mengalir dari atas bumbung rumahnya.

Pembaca berita lelaki : Namun semalam, SAJH mengesahkan air berkenaan bukan ajaib kerana ujian yang dilakukan mendapati ia telah dirawat kerana ada klorin. Sejak itu timbul dakwaan kononnya dia cuba menipu orang ramai dengan menjual air berkenaan. Apa pun tambahnya lagi, kemunculan air itu memudahkannya sekeluarga menjalankan kerja-kerja seharian di rumah.


Liputan TV3
Liputan Sinar Harian
Apa pun tambahnya lagi, kemunculan air itu memudahkannya sekeluarga menjalankan kerja-kerja seharian di rumah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat saluran paip dipasang daripada punca berkenaan di bumbung rumah untuk kemudahan orang ramai.......
Tukang paip katanya juga gagal mencari punca air berkenaan yang mengalir dari atas bumbung rumahnya.

Namun semalam, SAJH mengesahkan air berkenaan bukan ajaib kerana ujian yang dilakukan mendapati ia telah dirawat kerana ada klorin.
Katanya, daripada keputusan terbabit pihaknya mendapati air tersebut mengandungi kandungan klorin.....


Dalam TV3, pemilik rumah cakap tak jual air ini.
Hakikatnya, tiada orang di kawasan ini yang tuduh dia jual air itu.

Kalau dia nak jual air itu ke? Nak bagi percuma ke?
Peduli apa, bukan? Itu hak dia.

Tapi ianya tidak adil bagi penduduk kawasan ini kerana pihak TV3 hanya menemuramah pemilik rumah tanpa menemuramah penduduk sekitar.

Jadi, sesiapa saja yang pernah ambil air kat sini, sudi-sudikan kongsi cerita anda.


No comments:

Post a Comment