Dakwaan pemilik rumah
|
Penjelasan SAJ / pandangan
masyarakat
|
“Seperti melakukan tawaf mengelilingi Kaabah, luah pemilik rumah
ketika menceritakan fenomena air ‘ajaib’ yang mengalir mengikut arah lawan
jam apabila diletakkan alam bekas air.
|
Sementara itu, Jamaluddin berkata, mengikut kaedah sains setiap air
akan mempunyai pusarannya yang tertentu dan ianya berbeza mengikut Hemisfera
Utara dan juga Hemisfera Selatan.
|
Katanya air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu adalah anugerah
tuhan kepadanya tetapi dalam masa yang sama dia terkilan dengan tindakan
segelintir jiran yang menuduh dia menipu dan dikhuatiri terpesong akidah.
|
MANAKALA, seorang jirannya yang hanya dikenali sebagai Lin berkata,
jumlah bil air rumah terbabit yang sekitar RM 600 menunjukkan bukti air
berkenaan berpunca dari air paip.
Katanya, daripada keputusan terbabit pihaknya mendapati air tersebut
mengandungi kandungan klorin.....
|
Pada 19-Mac-2012, kawasan Parit Raja mengalami gangguan bekalan air.
Air bumbung ini juga berhenti mengalir.
Ini membuktikan lagi bahawa air 'ajaib' ini memang berpunca dari paip.
No comments:
Post a Comment