Sunday, 25 March 2012

SAJH sahkan air 'bumbung' mengandungi klorin

Ingatkan selepas berita tentang air bumbung masuk suratkhabar/ TV, orang akan mula memikirkan tentang kebenarannya.

Namun, apa yang terjadi semalam (Ahad, 25/Mac/2012), semakin ramai yang datang ke taman tersebut membawa tong untuk 'mengambil' air.

Aku cuba-cuba tanya pada mereka yang datang ke taman itu, "Datang ke sini, tahu dari mana?"
Mereka jawab, "Dari Berita kat TV."

Aku tanya lagi, "Ada baca berita kat akhbar Sinar atau Utusan tak?"
Mereka jawab lagi, "Tak beli paper. Paper bila itu?"

Aku jawab, "Berita TV keluar pada 23-Mac malam. Berita kat paper keluar 22/Mac dan 23/Mac. Kalau abang dengar berita TV, confirm abang terasa macam penduduk sekeliling yang burukkan dia."

Aku tambah lagi, "Orang akan fikir macam itu jika terus pergi rumah dia tanpa dengar penjelasan penduduk sekeliling. Kalau abang nak tengok paper, saya ada simpan."

Aku pun keluarkan akhbar yang menunjukkan air bumbung yang didakwa 'ajaib' itu TIDAK AJAIB dan hanyalah bersumberkan air paip yang BERKLORIN.

Bagi yang tak beli akhbar, ini dia keratan akhbar di Utusan Malaysia.


Bila aku tunjuk keratan akhbar ini, ramai yang terkejut beruk. Siap ada yang amek gambar keratan ini. Sambil itu aku pun cerita lagi.

"Kalau abang nak tahu, pada 19/Mac/2012 (Isnin) yang lalu, kebetulan Allah nak tunjukkan kebenaranNya. Seluruh Parit Raja termasuk taman itu tiada bekalan air. Ramai jugak orang datang membawa bertong-tong air ke rumah itu. Malangnya, 'air bumbung' pun tak mengalir. Maka ramailah ternanti-nanti dan tertanya-tanya kenapa 'air bumbung' tak keluar. Mungkin air itu merajuk kot."

Lepas itu aku tunjuk salinan bil air.

http://airbumbung.blogspot.com/2012/03/bil-air-yang-melambung-tinggi-jadi.html

Makin ramai yang terkejut beruk.

Aku sambung lagi, "Bekalan air terputus dari 8.30 pagi hinggalah ke tengah malam.
Bila bekalan air pulih, 'air bumbung' pun 'terjun' semula."

Apa kesimpulan yang ada di sebalik kejadian hari itu?
Tentulah 'air bumbung' ini bersumberkan air paip. Logik, kan?


Menceceh pulak aku hari ini.
Aku nak tengok lagi sama ada masih ada yang datang amek air.
Kesian diaorang, kan? Minum air paip mentah.

Sampai sini dulu aku bercerita. Kalau korang ada cerita nak dikongsi, mehlah komen kat sini.



2 comments:

  1. terima kasih atas maklumat yang diberikan....

    ReplyDelete
  2. tolong sebarkan tentang kebenaran ini kepada rakan-rakan anda...

    ReplyDelete