Sunday 25 March 2012

SAJH sahkan air 'bumbung' mengandungi klorin

Ingatkan selepas berita tentang air bumbung masuk suratkhabar/ TV, orang akan mula memikirkan tentang kebenarannya.

Namun, apa yang terjadi semalam (Ahad, 25/Mac/2012), semakin ramai yang datang ke taman tersebut membawa tong untuk 'mengambil' air.

Aku cuba-cuba tanya pada mereka yang datang ke taman itu, "Datang ke sini, tahu dari mana?"
Mereka jawab, "Dari Berita kat TV."

Aku tanya lagi, "Ada baca berita kat akhbar Sinar atau Utusan tak?"
Mereka jawab lagi, "Tak beli paper. Paper bila itu?"

Aku jawab, "Berita TV keluar pada 23-Mac malam. Berita kat paper keluar 22/Mac dan 23/Mac. Kalau abang dengar berita TV, confirm abang terasa macam penduduk sekeliling yang burukkan dia."

Aku tambah lagi, "Orang akan fikir macam itu jika terus pergi rumah dia tanpa dengar penjelasan penduduk sekeliling. Kalau abang nak tengok paper, saya ada simpan."

Aku pun keluarkan akhbar yang menunjukkan air bumbung yang didakwa 'ajaib' itu TIDAK AJAIB dan hanyalah bersumberkan air paip yang BERKLORIN.

Bagi yang tak beli akhbar, ini dia keratan akhbar di Utusan Malaysia.


Bila aku tunjuk keratan akhbar ini, ramai yang terkejut beruk. Siap ada yang amek gambar keratan ini. Sambil itu aku pun cerita lagi.

"Kalau abang nak tahu, pada 19/Mac/2012 (Isnin) yang lalu, kebetulan Allah nak tunjukkan kebenaranNya. Seluruh Parit Raja termasuk taman itu tiada bekalan air. Ramai jugak orang datang membawa bertong-tong air ke rumah itu. Malangnya, 'air bumbung' pun tak mengalir. Maka ramailah ternanti-nanti dan tertanya-tanya kenapa 'air bumbung' tak keluar. Mungkin air itu merajuk kot."

Lepas itu aku tunjuk salinan bil air.

http://airbumbung.blogspot.com/2012/03/bil-air-yang-melambung-tinggi-jadi.html

Makin ramai yang terkejut beruk.

Aku sambung lagi, "Bekalan air terputus dari 8.30 pagi hinggalah ke tengah malam.
Bila bekalan air pulih, 'air bumbung' pun 'terjun' semula."

Apa kesimpulan yang ada di sebalik kejadian hari itu?
Tentulah 'air bumbung' ini bersumberkan air paip. Logik, kan?


Menceceh pulak aku hari ini.
Aku nak tengok lagi sama ada masih ada yang datang amek air.
Kesian diaorang, kan? Minum air paip mentah.

Sampai sini dulu aku bercerita. Kalau korang ada cerita nak dikongsi, mehlah komen kat sini.



Saturday 24 March 2012

Dakwaan pemilik air bumbung dan sangkalan penduduk



Bacalah dan fikirlah secara logik.
Sudi-sudikan memberi komen anda.

Bagi si empunya coretan di Facebook, minta izin siarkan, ya?
Demi membetulkan apa yang tak betul.

Bil air yang melambung tinggi jadi bukti


Hentikan penipuan

Buletin Utama TV3, 23-Mac-2012

Transkrip :-

Pembaca berita lelaki : ...air ajaib yang mampu mengubati pelbagai penyakit.



Pembaca berita wanita: Itu rayuan seorang ibu tunggal kerana dia sendiri tidak pernah menghebahkan, kononnya air yang mengalir dari bumbung rumahnya sebagai air ajaib.

Asmah : Akak tak jual dan akak pun tak ada panggil orang datang sini. Cuma akak nak, orang di kawasan sini faham dengan keadaan ibu tunggal yang difitnah, dihina, dicaci...

Pembaca berita wanita: Tambahnya, sejak tersebarnya berita mengenai air berkenaan, rumahnya di Parit Raja, Johor menjadi tumpuan. Malah ada yang datang dari sejauh Kuala Lumpur dan Singapura. Tukang paip katanya juga gagal mencari punca air berkenaan yang mengalir dari atas bumbung rumahnya.

Pembaca berita lelaki : Namun semalam, SAJH mengesahkan air berkenaan bukan ajaib kerana ujian yang dilakukan mendapati ia telah dirawat kerana ada klorin. Sejak itu timbul dakwaan kononnya dia cuba menipu orang ramai dengan menjual air berkenaan. Apa pun tambahnya lagi, kemunculan air itu memudahkannya sekeluarga menjalankan kerja-kerja seharian di rumah.


Liputan TV3
Liputan Sinar Harian
Apa pun tambahnya lagi, kemunculan air itu memudahkannya sekeluarga menjalankan kerja-kerja seharian di rumah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat saluran paip dipasang daripada punca berkenaan di bumbung rumah untuk kemudahan orang ramai.......
Tukang paip katanya juga gagal mencari punca air berkenaan yang mengalir dari atas bumbung rumahnya.

Namun semalam, SAJH mengesahkan air berkenaan bukan ajaib kerana ujian yang dilakukan mendapati ia telah dirawat kerana ada klorin.
Katanya, daripada keputusan terbabit pihaknya mendapati air tersebut mengandungi kandungan klorin.....


Dalam TV3, pemilik rumah cakap tak jual air ini.
Hakikatnya, tiada orang di kawasan ini yang tuduh dia jual air itu.

Kalau dia nak jual air itu ke? Nak bagi percuma ke?
Peduli apa, bukan? Itu hak dia.

Tapi ianya tidak adil bagi penduduk kawasan ini kerana pihak TV3 hanya menemuramah pemilik rumah tanpa menemuramah penduduk sekitar.

Jadi, sesiapa saja yang pernah ambil air kat sini, sudi-sudikan kongsi cerita anda.


Kadi nasihat jauhi khurafat


Dakwaan pemilik rumah
Penjelasan SAJ / pandangan masyarakat
“Seperti melakukan tawaf mengelilingi Kaabah, luah pemilik rumah ketika menceritakan fenomena air ‘ajaib’ yang mengalir mengikut arah lawan jam apabila diletakkan alam bekas air.
Sementara itu, Jamaluddin berkata, mengikut kaedah sains setiap air akan mempunyai pusarannya yang tertentu dan ianya berbeza mengikut Hemisfera Utara dan juga Hemisfera Selatan.
Katanya air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu adalah anugerah tuhan kepadanya tetapi dalam masa yang sama dia terkilan dengan tindakan segelintir jiran yang menuduh dia menipu dan dikhuatiri terpesong akidah.


MANAKALA, seorang jirannya yang hanya dikenali sebagai Lin berkata, jumlah bil air rumah terbabit yang sekitar RM 600 menunjukkan bukti air berkenaan berpunca dari air paip.

Katanya, daripada keputusan terbabit pihaknya mendapati air tersebut mengandungi kandungan klorin.....


Pada 19-Mac-2012, kawasan Parit Raja mengalami gangguan bekalan air.
Air bumbung ini juga berhenti mengalir.

Ini membuktikan lagi bahawa air 'ajaib' ini memang berpunca dari paip.